Search This Blog

Friday, April 8, 2011

LawATaN inDUstRi kE PROTON ShaH aLAm (parT 1)



Hari ini bertarikh 31 haribulan 3 tahun 2011, bertempat di perkarangan Pusat Persatuan Pelajar, sekumpulan pelajar 4BENE termasuk 'AKU'..hee Seperti yang telah dirancangkan, semua pelajar 4BENE yang mengikuti lawatan ke PROTON Shah Alam, perlu berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar (P.P.P) pada sekitar jam 6-6.30 pagi pada hari Khamis. Pada pukul 6.20 pagi kami telah menunggu di P.P.P. Kebanyakan rakan-rakan dah lama sampai, tapi ketua urus setia yang lambat…hehehe…so, kami pun tunggu punya tunggu, last-last ketua sampai dalam pukul 6.45 pagi. Lepas tu kena tunggu lagi, untuk Pensyarah Pengiring pula, Encik Ahmad Sadhiqin, rakan Pengiringnya yang sudah sampai sebelum tu. Bas yang dipandu Encik Zaini dari unit Pengangkutan sudah sedia menunggu untuk bertolak. Lebih kurang pukul 7.10 pagi, semua rakan-rakan dah cukup dan dua orang pengiring telah ada, kami pun bertolak. Pada awal perjalanan, rakan-rakan rancak berborak, ’excited’ la katakan kerana dapat pergi ke Kilang Proton, ada juga yang ambil kesempatan untuk tidur, maklumlah, masing-masing bangun awal dan sampi ke kampus seawal 6 pagi. Perjalanan ke Shah Alam berjalan dengan lancar,kenderaan lain pun tak banyak sangat kat Highway PLUS, pada waktu ini.

Lebih kurang pukul 8.45 pagi kami pun sampai di Kilang Proton, Shah Alam. Kedatangan kami di sambut baik oleh pihak Proton, beberapa orang wakil dari Proton telah pun sedia menanti di lobi masuk. Kami telah disambut oleh Encik Zulkifli dan Encik Sham dari Human Resource Department. Kemudian kami terus dibawa masuk ke Audiotorium untuk sesi penerangan ringkas. Encik Sham wakil dari GC telah memberi ucapan aluan, dan berbesar hati menerima kedatangan kami. Kami telah di beri menonton video Korporat mengenai Proton.











No comments:

Post a Comment