Search This Blog

Friday, April 8, 2011

LawATaN inDUstRi kE PROTON ShaH aLAm (parT 2)

Sambungan dari part 1...

Antara perkara yang disampaikan ialah:

Ulangtahun ke-25 Proton , litar perlumbaan adalah cara terbaik utnuk mempersiapkan diri untuk masa depan. Apa yang di pelajari diterjemahkan dalam R3(Race,Rally,Research) bahagian sukan permotoran Proton. Ia bertanggungjawab untuk mengukuhkan saingan kita dalam dunia sukan permotoran. Datuk Nazmi, (Presiden Proton) berkata” dengan adanya penglibatan kejuruteraan Lotus dan Proton dalam projek-projek yang diusahakan bersama, kedua-duanya dapat manfaatnya. Pengetahuan ini dapat melonjakkan kefahaman bagaimana membangunkan kereta yang lebih baik.

Kami meneruskan usahasama dengan Lotus, demi menyuntik innovasi ke jenama Proton dan hasilnya satu demi satu innovasi tercipta yang diterapkan yang membawa kepada penciptaan ‘Satria Neo Lotus racing’ edisi khas.













Ia merupakan 100% Proton yang membara dangan semangat Lotus. Bukan itu sahaja, kita juga mencari alternatif untuk membina kereta yang memenuhi kehendak pengguna kerana ada juga yang mementingkan alam sekitar. Bersama-sama Proton dan Lotus menjalankan kajian mendalam untuk mengurangkan pencemaran alam. Setelah berhempas pulas terhasil lah EMAS (ECO mobility advance solution) , diusahakan hasil dari usaha sama dengan konsep ‘hybrid’ yg pertama.















Persepsi Proton pun berubah, pertamanya ‘progressive and modern’ dan keduanya ‘high-tech and now ready to go outside to global’. Emas direka ‘compact’ dan ringan untuk mengurangkan tenaga yang digunakan. Memang ada yang mempersoalkan kelewatan Proton memasuki segment ‘hijau’ ini. Tetapi kelewatan ada kebaikan juga, kerana kejayaan kereta berkonsepkan ‘hijau’ bergantung kepada kualiti dan hayat bateri yang hanya semakin baik dalam tempoh kebelakangan ini. Jadi kemasukan Proton ke dalam sektor ‘hybrid’ memang tepat pada masa ini. Dengan ini Proton mempunyai arah baru dalam pembinaan keretanya di masa hadapan yg seiring dgn keperluan dunia yang dinamik. Ternyatalah kebanggaan dan kesungguhan itu membawa kita pergi jauh, lagi jauh dari kita jangkakan.

No comments:

Post a Comment