Pada sesi penerangan seterusnya, kami telah dimaklumkan tentang peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi sepanjang lawatan ke dalam kawasan pengeluaran nanti. Antara peraturannya ialah:
· Pemakaian kasut yang bertutup penuh
· Aspek-aspek keselamatan di kawasan proses pengeluaran
· Kamera di larang untuk di bawa masuk
· Laluan Fork lift dan dolly trolley perlu diambil perhatian
Terdapat juga pusat pengeluaran Proton bertempat di tanjung malim, kilang di sana lebih besar. R&D dijalankan di Shah Alam,pengeluaran setiap kereta bergantung pada pasaran. Jumlah masa yang diperlukan untuk pengeluaran Exora ialah 18 unit/jam. Dalam sebulan lebih 1000 unit dikeluarkan. Di Shah Alam kebanyakan proses ialah separuh manual.
Kami terus di bawa ke kawasan pengeluaran kereta SAGA BLM edisi FL. Kami di terangkan oleh En Abd Rahman mengenai peringkat pemasangan. Peringkat yang pertama ialah Trim n Firm (TF) di mana proses untuk ‘complete body’. Dari body itu kosong ke pemasangan terakhir. Kemudian ialah ‘shop proses plant’ dan ‘production proton system’ yang banyak ‘base’ pada cara Toyota. Line TF ini telah wujud sejak tahun 1985. Masih mengekalkan production yang sama dan ada beberapa penambahbaikan seiring dengan teknologi yang ada.
No comments:
Post a Comment